Tips: Penjimatan Bahan Api ( Petrol / Diesel / NGV )

Friday, January 25, 2013
bahanapi

Servis Berkala

Sistem enjin yang bersih akan menjana daya yang lebih dan secara tidak langsung membantu menjimatkan penggunaan bahan api. Antara perkara kecil yang perlu diberi perhatian adalah penapis udara, palam pencucuh dan minyak enjin (minyak hitam).

Tidak Memecut

Pecutan mendadak akan membazirkan bahan api dan menghakis permukaan tayar secara tidak langsung. Bahan api digunakan secara berlebihan untuk menentang daya inersia berbanding dibantu oleh daya momentum apabila dipandu secara cermat. Pandu sahaja secara cermat dan tingkatkan kelajuan secara perlahan-lahan apabila perlu.

Final Gear Ratio (FGR)

Kenal pasti FGR dan pandu kereta anda disekitar kadar tersebut. FGR adalah kadar tork tertinggi sesebuah enjin bersandarkan pada RPM.

Kurangkan Beban

Keluarkan segala barang dari but kereta anda jika ianya tidak perlu. Kerusi bayi dan bekalan air adalah penyumbang utama kepada berat kereta selain dari pada berat penumpang atau pemandu sendiri.

Tayar Bertekanan Cukup

Cengkaman yang optima akan diperolehi apabila tayar berada dalam tekanan yang mencukupi. Tekanan yang berlebihan akan mengurangkan cengkaman pada permukaan jalan dan menyebabkan tayar lebih mudah tergelincir (spinning) dan berlakunya pembaziran tenaga dan bahan api.

Penghawa Dingin

Enjin akan menerima lebih bebanan apabile penghawa dingin dihidupkan dan akan meningkatkan penggunaan bahan api. Turunkan sahaja tingkap jika anda memandu perlahan. Pemanduan di lebuh raya boleh merujuk tips yang berikutnya.

Tutup tingkap

Tingkap yang terbuka akan menambah geseran yang ketara apabila dipandu laju seperti di lebuh raya. Gunakan flow-through ventilation system yang sedia ada didalam kereta anda.

flow-through-ventilation

Butang kawalan bagi ‘flow through ventilation’

Elakkan Kesesakan

Apabila didalam kesesakan lalulintas, anda terpaksa menggunakan gear rendah yang kita sudah tahu kuat menggunakan bahan api.

Isi Bahan Api Ketika Sejuk

Bahan api yang sejuk lebih tumpat dan menguntungkan. 1 liter bahan api sejuk lebih berat daripada 1 liter bahan yang sama semasa panas dan harga kedua-duanya adalah sama kerana stesen minyak mengira bahan api berdasarkan isipadu (liter) tapi bukan ketumpatan (kilogram)