Tips: Penjagaan Tayar Kereta

Friday, June 15, 2012

Gunakan tayar buatan Malaysia

Tayar buatan tempatan akan menjalani pengujian berdasarkan iklim tropika seperti di Malaysia dan menjadikannya ia lebih sesuai.

Tukar kedudukan tayar

Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali (bergantung pada penggunaan) tayar anda perlu diubah kedudukannya untuk memastikan ia haus pada kadar yang sekata.

Penjajaran dan Imbangan (alignment & balancing)

Anda pasti akan kecewa apabila tayar yang sepatutnya boleh bertahan selama setahun terpaksa ditukar dalam masa 6 bulan! Jadi lakukanlah penjajaran dan penimbangan secara kerap agar tayar tidak haus sebelah.

Tekanan tayar dalam sukatan yang disyorkan

Tayar bertekanan tepat seperti yang disyorkan oleh pembuat kereta pasti akan memanjangkan jangka hayatnya. Sila maklum tekanan tertinggi bagi kereta anda, dan jangan melebihinya melainkan anda tahu apa yang anda buat.

Tayar simpanan jangan dilupa

Pastikan juga tayar simpanan anda bertekanan secukupnya, supaya anda tidak mencarut atau dicarut semasa waktu kecemasan.

Tayar baru bagi kereta pacuan hadapan, dipasang;

  • dihadapan, jika anda pemandu cermat
    Tayar hadapan akan lebih cepat haus kerana daya pacuan adalah dari hadapan, ini dapat memanjangkan hayat tayar lama anda.
  • dibelakang, jika anda suka memecut
    Tayar baru diletakkan dihadapan akan memberi perubahan ketara jika anda memandu laju. Pasangkannya dibelakang untuk membiasakan diri sebelum menukarnya kembali ke hadapan.