Tips: Penjagaan Papan Kekunci Komputer Riba

Tuesday, December 4, 2012

laptop-keypad

Gunakan pelindung

Pelindung (keypad protective cover) boleh digunakan bagi mengelak ruang kekunci dimasuki habuk, dan juga kadangkala serangga seperti semut!

Semburan angin bertekanan

Jika anda tidak mahu menggunakan pelindung, anda perlu rajin membersihkan ruang dibawah kekunci tersebut dengan semburan angin bertekanan seperti produk DustOff.

Gunakan papan kekunci luaran (external keyboard)

Sekiranya anda menggunakan komputer riba dan sering menaip artikel panjang atau sering bermain dengan angka didalam perisian kiraan seperti Microsoft Excel, adalah lebih baik menggunakan papan kekunci luaran. Ianya lebih selesa dan harganya tidak mahal jika rosak.

Awasi anak kecil anda

Papan kekunci direka supaya mesra pada tekanan jari, tapi bukan tekanan pada penumbuk atau genggaman tangan atau balingan buku anak anda.