Tips: Penjagaan Bateri Komputer Riba

Sunday, June 10, 2012
laptop-battery

Jangan biarkan bateri tidak digunakan dalam jangka masa yang lama

Sama seperti bateri yg lain, jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, elok lah ditanggalkan.

Elakkan mengecas bateri yang telah penuh terlalu lama

Lebihan cas (overcharge) akan merosakkan bateri sekaligus memendekkan jangka hayatnya.

Tanggalkan bateri

Komputer riba lebih sejuk dengan menggunakan elektrik secara terus tanpa bateri.

Cas penuh dan buang cas

3-4 bulan sekali, habiskan tenaga bateri sepenuhnya (0%) dan cas semula sehingga 4 jam.

Kurangkan penggunaan aksesori

LCD yang terlalu cerah, penggunaan alat USB (thumbdrive, tetikus, usb hub, usb fan)  akan memendekkan jangka hayat bateri.

Kawalan tenaga dalaman

Gunakan applikasi kawalan tenaga yang telah tersedia bersama komputer riba.