Tips: Menggosok Pakaian

Tuesday, July 31, 2012
iron-bad

Gosok baju untuk seminggu

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Anda tidakĀ  akan berasa penat apabila menggosok baju-baju anda sekaligus. Malah ianya boleh menjimatkan tenaga elektrik rumah anda.

Gunakan ironing board yang besar, berat dan stabil

Ironing board yang besar dan stabil akan memberi keselesaan, tengok sajalah ironing board di kedai-kedai dobi kalau tak percaya.

Baca label maklumat pakaian

Secara kasarnya kain yang nipis atau licin tidah boleh digosok dengan terlalu panas.

Gosok pakaian dengan tangan sebelum dengan seterika

Pakaian yang digosok dengan tangan dahulu boleh mengelakkan kedutan dilapisan bawah pakaian.

Semburan air untuk kedutan degil

Sekirannya terdapat kedutan degil, gunakan semburan air. Jika kedutan masih degil, gosok pakaian dari sebelah dalam. Jika kedutan terlampau degil, campurkan air semburan dengan pelembut fabrik.

Starch spray untuk kain kapas

Fabrik kapas amat terkenal dengan kedegilannya, oleh itu gunakan starch spray untuk mengatasi masalah ini.

Pakaian batik didalam freezer

Tidak, saya tidak melawak. Kain batik yang disimpan didalam freezer selama setengah jam, lebih mudah digosok.

Terbalikkan baju bermanik

Baju yang bermanik perlu diterbalikkan dan digosok untuk mengelakkan seterika bercalar