Tips: Mengesan Suami Menyimpan Kekasih Lain

Friday, April 5, 2013
kekasihgelap

Calon Kekasih

Kawan karib, teman sekerja dan kekasih lama adalah yang berpotensi untuk menjadi kekasih gelap. Lebih-lebih lagi teman sekerja yang sering bekerja di luar kawasan bersama.

Kekasih Lama

Suami berpisah dengan kekasih lama tanpa sebab yang jelas. Jika perempuan tersebut ada dalam senarai kawan suami didalam Facebook, berhati-hatilah!

Suami Mula Melaram

Kebiasaannya yang selekeh dan tidak terurus bertukar kepada seorang yang sentiasa kemas dan wangi.

Kerahsiaan Telefon Bimbit

Apabila gadjetnya yang satu itu selalu disembunyikan, dimatikan atau diletakkan kata laluan yang tidak dikongsi maka anda mempunyai sebab yang jelas untuk rasa ragu-ragu.

Ada Telefon Bimbit Lebih

Telefon bimbit yang lagi satu itu sentiasa dipadamkan apabila ada dirumah.

Banyak Termenung

Suami yang banyak termenung mungkin juga atas sebab masalah dipejabat, tetapi mungkin juga sedang memikir “strategi”. Fikirannya yang bercelaru akan menyebabkan mudah lupa dan panas baran.

Tidak Boleh Ikut untuk Tugasan Luar Kawasan

Bermati-matian untuk menghalang anda mengikutnya untuk tugasan diluar kawasan, walaupun pada hujung minggu.

Perhatian Lebih

Kadang-kala suami akan terperasan sendiri yang dia telah mengabaikan isterinya. Lalu buat-buat prihatin bagi menutup syak wasangka.

Sering Tidur Lewat

Macam biasalah, nak SMS romantik sebelum ucap “Good Night”.

Gagap Menjawap Soalan Offensif

Apabila diajukan soalan yang agak tajam, dia akan gagap. Soalan seperti “Kawan abang tu lelaki ke perempuan?” atau “Kekasih lama apa khabar?” pasti menyentaknya dari dalam.

Tidak Kesahkan Anak Anak

Keutamaannya pada anak-anak sudah berubah. Dia tidak lagi mengambi berat dan sering memarahi anak-anak.

Rajin Keluar

Jika disuruh keluar untuk membeli barang dapur misalnya, tanpa membantah akan pergi. Kerana dia tahu ini adalah peluang terbaiknya untuk bergayut.