Tips: Mencuci Kereta

Tuesday, June 19, 2012

Bersedia untuk basah

Anda akan berpeluh dengan banyak bersama percikan air. Oleh itu pakai baju dan seluar yang sesuai untuk acara ini.

Singkirkan sisa dari hos

Hos paip yang telah lama tak digunakan mungkin akan mengumpul kotoran dan sisa klorin yang akan merosakkan cat kereta. Biarkan paip air terbuka selama sekurang-kurangnya 20 saat sebelum menyemburnya pada kereta.

Basahkan kereta dahulu

Pancur air kepada keseluruhan kereta supaya kotoran yang melekat akan lembut dan mudah tertanggal. Gunakan tekanan yang tinggi pada kotorang yang kelihatan terutama dibahagian skirting/bumper sekeliling kereta. Kotoran kasar yang tertinggal akan menyebabkan calar pada permukaan cat pabila digosok kelak.

Gunakan bahan pencuci khas

Laburkan sedikit duit anda pada bahan pencuci khas. Kalau kedekut sangat, boleh menggunakan bahan pencuci yang kurang aktif seperti sabun pencuci pinggan(tetapi ianya tidak mesra-getah). Jangan sesekali menggunakan sabuh pencuci baju. Penggunaan sabun adalah semata-mata untuk melicinkan permukaan kereta agar mudah dilap untuk menanggalkan kotoran.

Basuh kereta di tempat redup

Hanya alihkan kereta ke tempat panas apabila telah siap dibasuh dan dilap sepenuhnya. Kereta yang dibasuh ditempat panas akan kering terlalu cepat sebelum anda sempat untuk mengelap.

Lap cermin hadapan yang basah dengan surat khabar

Dakwat karbon pada surat khabar dipercayai akan memberikan kesan seperti Rain-X pada windscreen dan pemandangan lebih jelas sewaktu hujan.

Hilangkan bulu-bulu halus

Selepas mengelap dengan kain bersih, anda akan dapati terdapat sisa-sisa bulu halus yang tertinggal di badan kereta anda. Gunakan kain micro fiber untuk mengatasi masalah ini.