Tips: Menanggalkan Cukai Jalan Kereta Berpelekat

Monday, February 4, 2013
cukaijalan

Panaskan Pelekat

Pelekat yang panas akan mengurangkan daya lekatan dan memudahkan anda untuk menanggalkannya. Salai cukai jalan anda dengan pengering rambut, atau biarkan sahaja kereta anda ditengah panas selama satu jam sebelum menanggalkannya. Jika cermin depan anda (yang dipasang cukai jalan) itu ber’tinted’, jangan dipanaskan secara berlebihan

Jangan Gunakan Benda Tajam

Jangan sesekali menggunkan alatan tajam seperti pisau atau gunting untuk menanggalkan pelekat, dikhuatiri akan merosakkan cermin atau filem tinted anda.

Cuka Sayuran

Gunakan cuka sayuran untuk menanggalkan sisa pelekat yang masih tertinggal di cermin hadapan kereta anda. Hati-hati semasa menyental agar tidak merosakkan cermin atau tinted film anda.