Tips: Menangani Jerebu

Monday, June 24, 2013

Kurangkan Aktiviti Diluar Rumah

Anda dinasihatkan untuk membatalkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan semua aktiviti luar rumah yang tidak penting. Jika anda mempunyai Pendinging Hawa atau Penapis Udara (Air Purifier) sila pasang dengan tetapan tertinggi.

Tutup Semua Pintu dan Tingkap

Tidak guna jika duduk didalam rumah tetapi dibiarkan sahaja jerebu masuk melalui tingkap dan pintu yang terbuka luas.

Jangan Gunakan In-Car Flow Through Ventilation Semasa Memandu.

Tetapan Flow Through Ventilation akan membenarkan aliran udara dari luar yang berjerebu untuk masuk kedalam kereta.

Gunakan sahaja tetapan biasa yang diguna di Malaysia iaitu tanpa mengaktifkan Vntilation tersebut.

Basuh Muka dan Tangan Sentiasa

Partikel-partikel jerebu yang kasar dan memudaratkan mungkin akan menyebabkan alahan terutama dibahagian kulit sensitif seperti muka.

Basuh selalu dengan sabun pada setiap kulit yang terdedah untuk mengurangkan risiko iritasi.

Minum Air Dengan Kerap

Antara penyakit yang terkenal sewaktu musim jerebu ini adalah yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak (ENT) & mata seperti;

  • Asma
  • Radang paru-paru
  • Batuk
  • Selesema
  • Sakit jantung
  • Sakit tekak
  • Sakit mata

Pengambilan air dapat membantu mengurangkan kesan jerebu dan membantu untuk memulih badan dengan lebih cepat.

Gunakan Topeng yang Kalis Jerebu

Surgical Mask adalah tidak sesuai walaupun yang mempunyai 3 lapisan untuk menangkis panahan jerebu. Ia hanya sesuai untuk menghalang penyebaran Influenza.

Gunakan Topeng N95 yang berharga sekitar RM6 yang lebih efektif