Tips: Memerah Susu Badan

Thursday, June 14, 2012

Pam secara teratur

Seperti yang diketahui, badan manusia mempunya jam yang tersendiri (body clock). Maka tidak hairanlah jika seseorang akan berasa mengantuk, terjaga dari tidur, berasa lapar dan berasa ingin membuang air besar pada satu kitaran yang sama. Dan ini juga berlaku pada kitaran pengahasilan susu badan.

Senaman Kantung Susu

Tunduk seperti anda sedang ruku’ tanpa baju dalam, gerakkan badan anda agar kantung susu bergerak kedepan- kebelakang dan berputar. Lakukan selama 1-2 minit, sebelum operasi memerah.

Jangan dibiar kantung susu penuh

Apabila sudah penuh, badan akan secara sendirinya menghentikan penghasilan susu. Perah secara berkala sekurang-kurangnya 3-4 jam sekali.

Bertenang dan tunjukkan kasih sayang

Sebarang kerja jika dibuat secara sembrono pasti tidak akan dapat hasil yang memuaskan, melainkan anda adalah seorang pakar memerah. Perah sambil melihat gambar bayi anda mungkin dapat membantu.

Pam secara terus

Elakkan memeriksa berapa banyak yang anda telah perah, ia hanya menambah tekanan.


Tidak perlu bandingkan dengan penghasilan susu ibu lain

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jika segalanya berjalan dengan baik, susu yang terhasil adalah cucuk untuk bayi anda. Tak perlu risau.

Katakan tidak kepada susu formula

Adalah suatu langkah yang kebelakang untuk memberi bayi anda susu formula (walaupun dalam jumlah yang sedikit) terutama sewaktu pantang. Ia hanya akan merencatkan penghasilan susu anda dan meransang penolakan bayi pada susu ibu.

Jauhkan dari sebarang produk susu

Ianya akan membuat anda lebih tertekan apabila mengepam berdekatan dengan sabarang susu, walaupun sabun susu kambing. 😀

Amalkan pemakanan yang seimbang

Makan seperti biasa seperti yang disaran oleh doktor. Pengambilan sesuatu jenis sayur/vitamin/herba secara berlebihan adalah tidak elok untuk anda dan bayi.

Amalkan ‘Ya Matiin’

Ya Matiin bermaksud Wahai Zat yang Maha Kukuh (The Strong) amat baik diamalkan untuk menambah susu badan.