Tips: Cara Meneran Bersalin yang Betul

Monday, April 22, 2013
kelahiran

Buka Laluan

Jarak dan longgarkan kedua peha dengan lutut yang berlipat. Jangan dikepit kerana akan menutup laluan dan menolak bayi kedalam semula.

Tetapkan Kedudukan Kaki

Pegang dengan kemas buku lali dan tarik tanpan menggerakkannya waktu meneran sambil menjarakkan peha dengan lebih luas.

Teran Hanya Ketika Sakit.

Ibarat menggaru apabila tidak gatal, anda hanya akan lebih letih dan sakit. Meneran sewaktu perut yang kejang/tegang akan mengurangkan rasa sakit dan memudahkan bayi untuk dilahirkan.

Sebelum Meneran

Tarik nafas panjang melalui hidung.

Ketika Meneran

Dengan nafas yang ditahan, angkat kepala sambil mata melihat kearah perut dan teran.

Bagaimana Meneran

Teran seperti berak. Secara dasarnya adalah dengan mengeraskan perut.

Tak Perlu Menjerit

Jeritan hanya membazir tenaga anda yang sedikit itu. Bayangkan orang yang menolak suatu bongkah yang besar dan berat, adakah dia akan menjerit? Berdehem sedikit dihujung teranan itu masih boleh diterima.

Tetapkan Punggung

Jangan menggeliat dan mengangkat punggung. Kalau tidak, koyakkan yang terhasil zig-zag dan tidak cantik. Apabila zig-zag, bermaksud luka lebih panjang, jahitan lebih banyak dan penyembuhan kelak akan mengambil masa yang lama.

Teranan Terakhir

Ketika kawasan sulit terasa panas (burning sensation) iaitu apabila sudah ternampak kepala bayi, teran perlahan-lahan tetapi berterusan.