Resepi: Puding Triffle

Friday, February 1, 2013
pudingtrifle

Bahan-bahan

  • 1/2 inci kek swiss roll
  • 80 gm tepung kastad
  • 250 ml susu cair
  • 7 sudu besar gula pasir
  • 700 ml air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • 200 ml air panas
  • 1 tin koktel buah

 

Cara Penyediaan

Siram rata swiss roll yang disusun dalam bekas dengan jus koktel (tak termasuk buah). Tepung kastad, susu cair, gula pasir dan sedikit air dicampur didalam periuk dan dimasak dengan api kecil sehingga menjadi sedikit pekat. Kemudian diangkat dan dituang kedalam bekas yg berisi swiss roll tadi dan ditabur buahan koktel.

Bancuh agar-agar serbuk dengan 200ml air panas yang dikacau dengan 3 sudu besar gula. Kemudian tuang kedalam bekas yang berisi swiss roll dan buahan tadi.

Biarkan didalam peti sejuk semalaman.