Resepi: Mee Hailam

Friday, May 3, 2013
mee-hailam

Bahan-bahan

  • 1 bungkus Mee Kuning
  • 4 ulas bawang putih, di cincang halus
  • 3 ulas bawang merah,  dicincang halus
  • 3 sdm kicap lemak manis
  • 3 sdm sos tomato
  • 2 sdm sos tiram
  • 1 sdm lada hitam, ditumbuk kasar
  • 2 cwn air tapis
  • 100gm isi ayam, dihiris nipis
  • 100gm udang basah, dibuang kulit tengah sedikit

  • 100gm sotong, dihiris bulat
  • 1/2 bungkus fish ball, dihiris
  • 1 ikat sawi, dipotong kecil
  • 1 mangkuk kobis, dipotong
  • 1 biji cili merah, dihiris
  • 1 biji telur
  • 1 sdm tepung jagung, dilarutkan
  • garam dan perasa secukupnya

 

Cara Penyediaan

Tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam dan 2 cawan air. Apabila isi ayam telah lembut bebola ikan, sotong dan udang. Masukkan sos tomato, sos tiram, lada hitam dan akhir sekali mee kuning.

Masukkan tepung jagung, sayuran dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan telur dan dikacau perlahan-lahan sehingga setengah masak.