Resepi: Mee Bandung

Thursday, October 31, 2013

Bahan-bahan

  • 200 gm Mee Kuning
  • 60 gm Daging Hiris nipis 1 1/2 cm x 2 1/2 cm
  • 60 gm Udang, dengan 750 ml air rebusan
  • 2 ekor Sotong hidup, dibersihkan, belah 2 dan potong 2 1/2 cm
  • 1 biji Telur
  • 50 gm Sawi, basuh siang 6 cm panjang, asingkan batang dan ketuk sedikit
  • 1/2 keping Tauhu, goreng potong 2 dan hiris
  • 8 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 6-8 tangkai Lada Kering
  • 1 hiris Halia
  • 2 sb Sos Tomato
  • 3 sb Minyak Makan
  • 1 sb rata Gula
  • 2 sb rata Garam
  • 75 gm Udang dibuang kulit
  • 2 sb Udang Kering, rendam dan ditumbuk halus

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan kuali, tuiskan bahan-bahan yang digiling dan udang kering, bubuh perasa dan garam, tomato sos.
  2. Bila garing masukkan daging udang dan air daging, sesuaikan rasa.
  3. Bila mendidih masukkan daun sawi.
  4. Bila separuh masak, masukkan mee. Mee jangan dibasuh hingga hendak dimasukkan kedalam air rebusan.
  5. Jangan biar sampai lecur dan kembang.
  6. Masukkan telur. Bila separuh masak, angkat dan hidang.