Resepi: Laksa Penang

Tuesday, February 18, 2014

200 gram Laksa Beras, direndam

Bahan-bahan Kuah

  • 3 ekor Ikan Kembung, rebus dan lecek isinya
  • *2 ulas Bawang Putih
  • *5 ulas Bawang Merah
  • *1 biji Bawang Besar
  • *2 tangkai Cili Kering
  • 1 cawan Air Asam Jawa Cair
  • 1 keping Asam Gelugur
  • 2 batang Bunga Kantan, dibelah dua
  • 4 kuntum Serai, dititik
  • 40ml Air
  • 2 sudu besar Gula Pasir
  • 2 sudu kecil Garam Halus

* dikisar dengan air rebusan ikan

Bahan-bahan Ulam

  • 1/3 Timun, dimayang halus memanjang
  • 1/3 butir Nenas, dicincang
  • 2 kelopak Daun Salad, dihiris
  • 1/4 butis Bawang Besar, dihiris halus melintang
  • 1 tangkai Lada Merah, dihiris
  • 2 sudu besar Petis

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air dan rebus laksa beras hingga lembut.
  2. Kemudian tapis dan buangkan airnya. Jirus dengan air sejuk dan toskan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar, Isi Ikan, Bungan Kantan dan Daun Kesum, Serai, Asam Gelugur, Air Rebusan, Air dan Air Asam Jawa kedalam periuk dan rebus hingga mendidih.
  4. Masukkan Garam dan Gula.
  5. Kecilkan api dan biarkan selama 15 minit.
  6. Hidang laksa didalam mangkuk yang dituang bersama kuah. Ulam ditabur secukupnya.