Resepi: Kurma Daging

Saturday, June 9, 2012

Bahan-bahan:

  • 600 gm (1 kati) daging
  • 2 gelas santan dari ½ biji kelapa
  • 3 gelas air
  • 10 sen daun pudina

Bahan ditumbuk

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • 4 biji lada hijau
  • 1 bungkus serbuk kurma
  • 2 sudu air limau nipis
  • 3 sudu minyak sapi
  • 1 labu bawang besar(dibelah dua)

Bahan Tumis

  •  3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2.5cm kulit kayu manis


Cara Penyediaan:

Daging dipotong kecil, cuci, gaulkan dengan rempah kurma dan bahan tumbuk. Panaskan minyak dan tumis hingga kuning. Masukkan daging yang bergaul rempah, kacau dan tutup periuk.

Bila berbau wangi, masukkan air dan biar hingga air kering, baru masukkan santan dan garam ikut rasa. Kecilkan api, masukkan air limau, daun pudina, bawang besar, biarkan hingga berminyak.