Resepi: Durian Crepe

Thursday, January 3, 2013

duriancrepe

Bahan-bahan

  • 250gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 400ml santan
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning telur

Bahan Filling

  • 1 cawan whipped cream
  • 3/4 cawan durian yang telah dilenyek

Cara Penyediaan

Pukul tepung, santan dan air bersama-sama. Kemudian masukkan telur, garam, esen dan pewarna. Pukul semuanya sampai sebati. Selepas itu adunan tersebut perlu lah di tapis untuk mendapatkan kulit crepe yg halus.

Oleskan adunan tadi keatas non-stick flat pan yang diletak atas api yg kecil. Jangan dibalikkan, hanya sebelah kulit sahaja yang perlu dimasak.

Agak-agak sudah masak, angkat kulit crepe dari pan dan letak atas permukaan rata. Letak cream dan durian lenyek secukup rasa dan lipat kulit tersebut supaya jadi bentuk bantal.