Resepi: Donut

Friday, January 18, 2013
donut

Bahan-bahan

Adunan Doh

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air

Campuran Yis

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/4 cawan air suam

Cara Penyediaan

  1. Adun dengan rata tepung, garam, gula dan susu dan buat lubang ditengah.
  2. Masukkan telur, mentega dan campuran yis.
  3. Uli doh sambil dimasukkan air suam sedikit demi sedikit
  4. Biarkan doh naik sekurang-kurangnya 45minit. Kalau terlebih lama sikit pun tidak mengapa.
  5. Selepas doh sudah kembang, uli semula untuk membuang gelenbung udara yang terperangkap.
  6. Adun doh menjadi bentuk doh dan diletakkan diatas dulang yang ditabur dengan tepung.
  7. Gorang hingga kekuningan.
  8. Angkat donut dari kuali dan biarkan ia kurang panas dan taburkan dengan gula castor.