Resepi: Daging Masak Kurma

Thursday, February 13, 2014

Bahan-bahan

  • 1 paket kecil Rempah Kurma
  • 5 ulas Bawang Merah, dikisar
  • 2 ulas Bawang Putih, dikisar
  • 2cm Halia, dikisar
  • 3 batang kecil Bunga Cengkih
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis, dipatahkan sedikit
  • 3/4 kotak Santan
  • secukup rasa Garam
  • 2 biji Kentang
  • 2 batang Cili Merah, dipotong memanjang
  • 1 biji Bawang Besar, dipotong empat

Cara Penyediaan

  1. Potong dan bersihkan daging.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Rempah kurma dicampur sedikit air agar, pastikan ianya tidak berketul. Masukkan kedalam tumisan bawang tadi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis.
  5. Secawan air boleh ditambah agar kuah tidak melekat di kuali. Kemudian masukkan daging.
  6. Apabila kuah menggelegak, campur santan.
  7. Apabila kuah menggelegak semula, masukkan kentang, cili dan bawang besar.
  8. Ketika dilihat cili telah agak layu, masakan anda telah siap.