Resepi: Daging Masak Kicap

Wednesday, June 20, 2012

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging lembu
  • 8 bawang besar – hiris bulat-bulat
  • 8 ulas bawang putih – hiris
  • 5 cm halia – tumbuk hancur
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan lada hitam – tumbuk kasar
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 batang lobak merah – belah 2 dan potong 3cm panjang
  • 5 sudu makan minyak jagung
  • ½ cawan kicap pekat
  • 8 cawan air
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh puri tomato

Cara penyediaan

Potong daging sebesar saiz gigitan, basuh dan tos. Gaul daging bersama serbuk kari, lada hitam, asam jawa, garam, tomato puree dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehinga menjadi coklat keemasan. Masukkan daging dan gaul rata.

Masukkan kicap, lobak merah dan air. Kacau rata, biarkan mendidih sehingga daging menjadi empuk. Tutup api setelah daging empuk. Hidangkan bersama nasi.
Selamat mencuba.