Resepi: Ayam Goreng

Thursday, June 21, 2012

Bahan-bahan

Tepung Salutan

  • 4 sudu besar tepung ubi
  •  1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
  • serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)

Bahan lain

  • 3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
  • 1 biji telur, dipukul sebentar
  • Minyak secukupnya untuk goreng

Cara Penyediaan

Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan dan diketepikan sebentar. Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata. Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana.

Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam.

Goreng sehingga kekuningan dan masak. Angkat dan toskan dengan tisu masakan. Hidangkan bersama sos cili.