Resepi: Apam Balik

Friday, June 7, 2013
apambalik

Bahan-bahan Utama

  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh tepung penaik
  • secukup (sedikit) pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • secukup (sedikit) planta, untuk mengoles

Bahan-bahan Taburan

  • Kacang tanah yang dikisar
  • Gula pasir

  • Jagung krim (tin)

 

Bahan-bahan taburan boleh ditambah-kurang mengikut selera.

 

Cara Penyediaan

Putar gula bersama telur sehingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, tepung penaik dan pewarna kuning dan diputar lagi sehingga sekata. Masukkan pula tepung dan putar lagi hingga sebati. Adunan anda sudah sedia skarang.

Sekarang oleskan planta di permukaan kuali dan tuang adunan, kemudian diratakan. Setelah masak, taburkan bahan-bahan taburan.