Petua: Rawatan Sembelit Bagi Kanak Kanak

Monday, August 5, 2013
bayi-sembelit

Mengapa Sembelit Terjadi?

Sembelit pada kanak-kanak sering terjadi akibat alahan pada susu yang disebabkan penghadaman yang tidak sempurna dan juga kekurangan air. Proses penghadaman yang lambat akan menyebabkan bahan kumuh semakin keras dan terjadinya sembelit.

Rawatan

Galakkan Anak Minum Lebih Air

Tiada siapa yang boleh menyangkal kenyataan ini. Cairkan sahaja bancuhan susunya dengan harapan bahan kumuh itu akan lebih lembut. Anda juga boleh memberi air kosong sahaja jika anak anda sudah melebihi 6 bulan. Air yang diberi hendaklah suam sedikit, agar mudah untuk diminum.

Tukar Jenis Susu

Lain orang lain jugalah tahap penerimaan susu oleh badan masing-masing. Sesetengah anak tidak terkesan dengan apa jua jenis susu yang diberi tetapi setengah lagi mempunyai impak yang besar.

Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji

Proses penghadaman akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji yang tinggi dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menghasilkan bahan kumuh yang keras.

Beri Lebih Makanan Berserat

Makanan yang tinggi serat seperti buah pisang, betik, epal, jagung dan sayur-sayuran hijau akan mempercepatkan proses penghadaman.

Bagi Minuman Probiotik

Probiotik dalam kata lain adalah bakteria baik yang diperlukan oleh usus dan perut manusia. Pengambilannya sudah tentu akan membantu pelancaran usus dan proses penghadaman. Contoh minuman probiotik yang boleh didapati dipasaran adalah Yakult, Vitagen dan Bliss. Malah makanan beryis seperti tempe dan yogurt juga mempunya bakteria baik ini.

Berikannya Ruang dan Masa

Ketika proses penyahtinjaan berlaku, elakkan dari menganggu fokus anak anda. Beri masa dan ruang untuknya bersendiri menghabiskan urusan. Sesetengan ibubapa akan memandang dengan kasihan pada anak tersebut, dan ianya juga suatu gangguan.

Bawak Anak Main Air Dalam Tandas

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi anak yang berdiri membantut proses penyahtinjaan yang berlaku. Salah satu cara untuk membantu anak anda dalam proses ini adalah dengan membuka terus lampin itu dan biarkan anak anda bermain air didalam gayung dalam kedudukan bercangkung didalam tandas. Tapi harus diingat, pasti kan bilik air anda itu mesra-bayi dengan menyimpan apa sahaja yang tidak patut.

Pencegahan

  • berikan diet tinggi serat dan rendah gula/lemak/kanji
  • tingkatkan pemberian air
  • perbanyakkan aktiviti fizikal