Petua: Rawatan Sakit Tumit

Monday, September 10, 2012

Kenapa Sakit Tumit?

Sakit tumit terjadi apabila tulang dibahagian tumit menggesel tapak kaki dari dalam. Bagi sesetengah orang yang mempunyai heel spurs, kesakitan tumit akan terjadi dengan lebih kerap. Heel spurs adalah suatu keadaan dimana tulang tumit telah tumbuh lebih sedikit daripada biasa.

tulang yang ‘terlebih’ tumbuh

Rawatan

Tiada rawatan yang benar benar dapat menyembuhkan sakit ini kerana ia bergantung kepada badan individu untuk membaiki tisu yang mengalami keradangan. Walaubagaimanapun, masih ada cara untuk melegakan kesakitan tersebut.

Tuaman Garam Kasar

Goreng 10 sudu besar garam kasar yang kemudiannya digoreng tanpa minyak. Apabila garam sudah panas, balutkan ia didalam bunjut. Tuam bunjut itu ditumit yang sakit. Perlu diamalkan selalu untuk lebih berkesan.

Tuaman Ais

Malah menuam tempat yang sakit dengan ketulan ais juga boleh membantu mengurangkan keradangan.

Pencegahan

Secara amnya, sesiapa yang mengalami sakit ini hendaklah mengurangkan sebarang aktiviti yang memberi tekanan kepada tumit dengan;

  • kurangkan bergerak
  • kurangkan berat badan
  • gunakan kasut/selipar yang sesuai
  • gunakan pelapik kasut/selipar (insole)
  • amalkan makanan yang memberi kesan penyembuhan dari dalam sepert gamat dan haruan.

 

Pelapik Kasut (Insole)