Petua: Rawatan Sakit Batu Karang

Wednesday, February 27, 2013
sakit-batukarang

Bagaimana Batu Karang  Terbentuk Dalam Pundi Kencing?

Air kencing yang pekat jika tidak dikeluarkan melalui sistem perkumuhan dalam tempoh masa tertentu akan mendap dan membentuk batu karang. Proses pembentukan ini akan menjadi lebih cepat jika bahan didalam air kencing itu terdiri dari unsur-unsur batu karang yang tinggi. Unsur-unsur batu karang bergantung pada jenisnya sama ada kalsium, asid urik, struvite atau sistein.

Rawatan

Secara amnya anda perlu banyak bergerak untuk mengelak air kencing menjadi mendap dan memperbanyakkan pengambilan air minuman bagi mengeluarkan mendapan sebelum ia membentuk batu karang.

Jika anda tahu batu karang anda berunsur asid, anda sepatutnya mengurangkan makanan dan minumam yang masam(berasid) seperti limau dan memperbanyakkan pengambilan alkali yang pahit seperti sabun petai, peria dan sebagainya. Manakala bagi batu karang berkalsium, bermaksud anda perlu ambil lebih banyak kalsium.  Anda tidak salah baca. Ya, anda perlu ambil lebih banyak kalsium kerana kalsium didalam air kencing adalah tindak balas tubuh apabila kalsium dalam darah adalah kurang.

Berikut adalah beberapa petua rawatan bagi sakit ini;

Air Lempoyang (Halia Hutan)

Potong dan ketuk 2 inci lempoyang dan direbus bersama 3  gelas air. Rebus sehingga tinggal setengah gelas dan diminum airnya. Boleh diamalkan setiap hari.

Lobak Putih

Lobak putih boleh dibuat minum atau makan begitu sahaja bagi merawat penyakit batu karang.

Pencegahan

Amalan yang sama seperti rawatan boleh dilakukan bagi pencegahan. Ini kerana setiap air kencing sudah pasti mempunyai unsur-unsur batu karang.

Apabila terlampau pekat ia akan mendap dan membentuk batu karang. Oleh itu rawatan penyakit batu karang juga boleh diamalkan untuk mencegahnya.