Petua: Rawatan Pedih Ulu Hati

Wednesday, December 12, 2012

pedihuluhati

Kenapa Pedih Ulu Hati?

Makanan yang ditelan akan melalui saluran esofagus dan terus ke perut anda. Diantara perut dan esofagus terdapatnya penutup yang berotot yang dipanggil Lower Esophageal Sphincter atau LES bagi mengelakkan makanan berpatah balik ke esofagus. Didalam kes pedih ulu hati, penutup tersebut tidak tertutup rapi, maka semua bahan termasuk asid didalam perut boleh mengalir ke esofagus semula yang menyebabkabkan pedih ulu hati.

Rawatan

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk merawat sakit pedih ulu hati, antaranya;

Limau dan kapur

Belah sebiji buah limau nipis dan sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapu adunan pada ulu hati dibahagian tengah dada.

Neutralkan asid dengan alkali

Ambil sesudu kecil soda bikarbonat campurkan dalam segelas air dan minum.

Lawan api dengan api

Walaupun ianya berasid, tetapi pengambilan secara tetap dikhabarkan boleh mengelakkan sakit ini berulang.

Sendawa

Sendawalah, pasti sakit itu akan hilang. Tapi berpada-pada agar tidak sampai termuntah.

Pencegahan

  • elakkan makan terlalu banyak
  • elakkan makanan pedas
  • elakkan makanan berminyak
  • makan dengan teratur dan berjadual
  • jangan terus berjalan selepas habis makan