Petua: Rawatan Parut Cacar Air

Saturday, June 23, 2012

Mengapa Cacar Air Meninggalkan Parut

Penyakit cacar air berpunca dari sejenis  virus yang dipanggil Varicella-zoster. Setelah seseorang itu dijangkiti, ruam akan timbul di permukaan kulit dari dalam.

Apabila ruam pecah akibat digaru atau dengan sengaja, kulit akan luka dan seterusnya apabila terdedah pada persekitaran yang kotor, akan terjadilah nanah.

Oleh kerana ruam yang timbul dari bawah kulit, luka atau nanah tersebut adalah lebih dalam dan meninggalkan parut yang ketara berbanding luka-luka ringan pada kulit.

Rawatan

Ambil beberapa helai daun daripada pokok asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus sehingga lumat dan campurkan bersama bedak sejuk.

Jika tiada bedak sejuk, anda boleh menggantikannya dengan beras dibasuh yang telah ditumbuk.

Sapu pada parut cacar sebelum tidur selama seminggu.

Pencegahan

Jangan sesekali menggaru atau menanggalkan kuping akibat luka dari ruam yang timbul. Jika masih digaru, ini akan membantutkan proses pemulihan kulit secara semulajadi dan parut akan kelihatan lebih teruk.

Biarkan sahaja kuping luka akibat cacar air tersebut tertanggal dengan sendiri.