Petua: Membuang Kerak Susu dari Botol Susu

Friday, September 14, 2012

Kebiasaanya, kita menggunakan berus khas bagi botol susu untuk mencuci botol susu bayi kita.

Walaubagaimanapun berus tersebut tidak boleh membuang kerak-kerak susu yang melekat. Kerak ini berkumpul kerana cucian yang tidak bersih atau pun botol dibiarkan terlalu lama sebelum dibasuh.

Jadi untuk mencuci kerak susu yang telah berkumpul, bolehlah menggunakan air garam yang digoncang didalam botol itu. Lebih baik jika menggunakan air panas, disamping dapat meningkat keberkesanan cucian, ianya juga boleh membunuh kuman.