Jenaka: Telur Ayam Siapa

Thursday, January 23, 2014
telur

Si Luncai ada membela seekor ayam betina, ayam itu sudah dibela sejak kecil lagi dengan penuh kasih sayang. Suatu hari ayam Luncai telah bertelur di dalam kebun jirannya Si Lebai Malang. Berlakulah pertengkaran tentang siapa yang lebih berhak ke atas telur itu.

Menurut Luncai, telur itu adalah miliknya kerana ayam itu adalah ayamnya. Lebai pula tidak mahu kalah, dia merasakan dia lebih berhak kerana ayam itu bertelur di dalam kebunnya.

Akhirnya Luncai mencadangkan satu penyelesaian.

“Baiklah kalau begitu mari kita beradu kekuatan, siapa yang lebih kuat dialah berhak ke atas telur itu” kata Luncai.

“Bagaimana caranya?” Tanya Lebai.

“Mari kita lawan sepak perut, siapa yang mampu bertahan dialah yang berhak terhadap telur ini” jawab Luncai dengan bangganya.

“Baiklah kalau begitu biar aku balik ambil kasut but besi dulu” Luncai bersetuju dan terus pulang untuk mengambil kasut but besi.

Mulalah pertandingan yang mereka rancangkan. Lebai dengan yakin sambil mengeraskan perut menyuruh Luncai menyepak perutnya dahulu.

“Ha, cepat sepak, sepak aku dah sedia ni” kata Lebai bersungguh-sungguh.

Luncai segera menghayunkan muncung kasut but besinya sekuat hati ke perut Lebai.

Apa lagi berguling-gulinglah Lebai kerana terlalu senak perutnya disepak oleh Luncai dengan but besi yang keras.

Selepas kira-kira sepuluh minit kesakitan Lebai mulai reda. Dia pun menyuruh Luncai bersedia kerana tiba gilirannya pula untuk menyepak.

“Baik sekarang giliran kau pula untuk aku sepak” Kata Lebai mengarahkan Luncai bersedia.

“Tak mengapalah, kau ambillah telur tu” jawab Luncai sambil berlalu dari situ.