Jenaka: Suami Curang di Luar Kawasan

Monday, June 10, 2013
antique-phone

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tiada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja diluar kawasan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpullah jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan tersebut bulat-bulat di talian tadi.

Si anak pun cakap dengan bersungguh-sungguh sambil membuat gaya;

Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi.