Jenaka: Si Luncai Memancing

Wednesday, November 27, 2013
memancing

Suatu petang selepas hujan, Si Luncai sedang duduk ditepi paya sambil memegang pancing. Orang kampung yang melihatnya merasa kasihan malah ada juga yang ketawa dan mengambil gambarnya. Barangkali mahi diupload ke facebook.

Kemudian datanglah Pak Pandir menghampirinya dan bertanya;

Pandir: “Luncai, kau buat apa kat sini?”
Luncai: “Memancing ikan la, aku tak makan lagi dari malam tadi.”
Pandir: “Kalau begitu, marilah ikut aku pulang, Mak Andeh ada masak lebih tengah hari tadi.”

Pada mulanya Si Luncai enggan, tapi melihat Pak Pandir bersungguh-sungguh, maka diikut juga ke rumah Pandir untuk makan. Sambil melihat Luncai menjamah nasi berlauk ikan bilis sambal, Si Pandir bertanya;

Pandir: “Banyak ke ikan dalam paya tadi?”
Luncai: “Banyak tu tak la, tapi ada la sikit.”
Pandir: “Owh, ye ke. Berapa ekor dapat tadi?”
Luncai: “Engkau yang kelima.”