Jenaka: Pengalaman Si Pemancing Tegar

Saturday, December 29, 2012

surau-uzur

Mail seorang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi. Satu hari masa minum di kedai kopi Pak Ngah Jiman, Mail terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung itu 5km dr kampung Mail, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Mail dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, Mail masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sebelum turun, Mail mengambil wuduk untuk solat Zohor nanti. Sepanjang perjalanan Mail bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu. Sudah hampir masuk waktu Asar baru Mail sampai, teringat pulak nanti dia tak sempat solat Zohor kalau terus mengail di sungai tu.

Tidak lama kemudian Mail nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sunyi kampung tu. Dia bergegas dan berhenti. Ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Waktu Zohor dah hampir nak habis.

Mail terus naik ke surau dan solat, dalam rakaat yg kedua, Mail tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Dalam hatinya “Hish, siapa pula yg gelak tu?” Setiap kali Mail sujud, Mail terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Mail tidak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat, jangan-jangan surau berhantu. Alahai, siapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Mail tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Mail dah berada di tahiyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Mail meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, tiba-tiba Mail tersedar.

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Mail sembahyang pakai helmet. Patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Mail blah macam tu ajer, tak jadi pergi memancing, dia pusing balik, solat Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.