Jenaka: Pandir Sayang Pokok Bunga

Thursday, April 11, 2013

Kerana baru sahaja berpencen, Pandir berjinak-jinak menanam pokok bunga bagi memenuhi masa lapang.

Pada suatu hari dia ke pekan dan terlupa menyiram pokok bunganya. Lalu ditelefon Andeh;

Pak Pandir: “Helo Andeh, tolong siramkan pokok bunga. Saya tak sempat nak siram pagi tadi”

Mak Andeh: “Tapi sekarang ni tengah hujan yang sangat lebat!”

Pak Pandir: “Tak apa, kamu pakailah payung…”