Jenaka: Pandir Nak Beli Durian

Wednesday, January 2, 2013

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. Lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Pak Pandir    : “Berapa harga durian ni?”
Org Asli    : “Yang ini.. sebiji sepopit”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba tawar-menawar.
Pak Pandir : “Boleh kurang sikit tak”?
Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berapa?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh tak?”

Penjual orang asli itu kebingungan. Lalu bertanya pada Pak Pandir.
Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu, sepopit itu berapa?”