Jenaka: Pandir dan Bas Dua Tingkat

Thursday, December 12, 2013
bas-2tingkat

Semasa dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, Pak Pandir menaiki sebuah bas dua tingkat. Inilah kali pertama dia naik bas dua tingkat. Setelah bertanya pelbagai soalan pada penumpang lain, akhirnya dia memberanikan diri untuk duduk di tingkat atas bas itu. Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gopoh.

“Mengapa Pandir tak duduk saja di atas?”, tanya seorang penumpang.

“Kau gila apa? Kat atas tu basnya tiada pemandu!”, jawab Pak Pandir.