Jenaka: Pandir Belajar Bahasa Siam

Tuesday, March 26, 2013
belajarbahasasiam

Suatu hari di pekan, Luncai terserempak dengan Pak Pandir bersama Mak Andeh, lalu terjadi lah perbualan berikut;

Luncai: “Pandir, nak pergi mana ni? Siap ada bawa buku dan fail-fail.”
Pak Pandir: “Kami berdua sedang belajar bahasa Siam kat depan pusat bahasa depan tu.”
Luncai: “Kamu biar betul, cakap bahasa Jawa pun tak tahu, sekarang mahu belajar bahasa Siam?”

Sambil tersenyum simpul, Pak Pandir memandang kepada Mak Andeh dan dipandang semula ke Luncai sambil berkata;

Pak Pandir: “Sebenarnya kami telah ambil seorang bayi 3 bulan berbangsa Siam sebagai anak angkat. Jadi kami berdua terpaksa belajar bahasa Siam supaya senang bercakap dengannya kelak bila dia sudah dewasa.”