Jenaka: Pak Kadok Undur Kereta

Monday, October 14, 2013
undur-kereta

Pak Kadok baru membawa pulang kereta barunya dan singgah sebentar ke rumah Pak Pandir.
Kerana ingin menunjuk kehebatannya, Pak Kadok parkir kereta secara mengundur.

“Pandir, tolong tengok belakang kereta, kalau kena beritahu ya” ujar si Kadok.
“Lagi lagi lagi.. Jauh lagi la.” kata si Pandir

Tiba-tiba “BAMMM!!”, kereta baru Kadok sudah melanggar kolong rumah Pandir.
“Ok ok, sudah kena!”, jerit Pandir tanpa rasa bersalah.