Jenaka: Misteri Bola Ping Pong

Thursday, July 25, 2013
bola-pingpong

Amer yang berumur 15 tahun adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera yang kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. “Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal? Kapal terbang kawalan jauh?”

Amer hanya membalas “Saya hanya mahukan 2 biji bola ping pong sahaja bapak.”

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola ping pong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan Kejuruteraan Mekanikal disebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat anugerah sebagai pelajar terbaik di universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola ping pong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mungkin mempunyai anak yang mempunyai trauma pada masa lalu atau mungkin sahaja masalah psikologi, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat kejuruteraan yang tersohor di Malaysia dan bertaraf antarabangsa. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

“Kau ni, asik-asik bola ping pong! Sudah! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor”

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk memandu uji keretanya. Namun apalah malang bagi Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tiada harapan untuk sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

“Bapak… ambillah bola ping pong yang saya simpan ni….” kata Amer dalam kesakitan.

“Amer, selama ni kau asik mintak bola ping pong sahaja, ape kah faedahnya?” kata bapaknya

“Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini…” kata Amer

“Apa dia” tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????

Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.