Jenaka: Makcik Jadi Saksi Mahkamah

Friday, April 19, 2013
mahkamah

Di sebuah mahkamah di pekan kecil, satu kes sedang berlangsung dengan kehadiran seorang saksi utama seorang ibu tua.
Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan  kepada saksi.

Peguamcara : Puan Rokiah, puan kenal siapa saya?
Puan Rokiah : Ya, saya kenal kamu sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Saya juga tahu kamu ada perempuan simpanan di luar dan saya merasa amat kasihan dengan isteri kamu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya lain pula jawapan yang dijawab. Untuk mengatasi kekejutannya, ia menukar kepada soalan lain.

Peguamcara : Puan Rokiah pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambelakan?

Puan Rokiah : Oh ya, tentu sahaja. Emaknya dulu sering meninggalkannya bersama saya sewaktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka mempermainkan perempuan dan hidupnya seolah-olah tiada tujuan.

Habis sahaja Puan Rokiah berbicara, hakim memanggil  peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya.
“Jika kamu berdua bertanya sama ada dia kenal aku atau tidak, kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah!” kata hakim.