Jenaka: Luncai dan Tuan Kedai Kopi

Tuesday, April 30, 2013
mata-palsu-itu

Satu hari Luncai pergi ke sebuah kedai kopi untuk minum. Dia ajak tuan kedai bertaruh RM500 yang dia boleh gigit mata kanan dia dengan gigi dia sendiri. Tuan kedai gelak besar dan bersetuju. Rupanya mata kanan  tu mata paslsu dan dengan selamba Luncai mengeluarkannya lalu digigit mata palsu kanannya itu. Dengan rasa bengang, tuan kedai meghulurkan RM500.

Kemudia Luncai berkata lagi yang dia boleh menggigit mata kirinya sendiri dengan taruhan RM1000. Lalu tuan kedai memerhatikan mata kiri Luncai dan dia pasti, mata kirinya itu adalah mata sebenar dan bersetuju dengan taruhan tersebut. Rupanya Luncai pakai gigi palsu atas dan bawah jadi dikeluarkan giginya dari mulut dan “gigit” mata kiri pula. Sekali lagi tuan kedai bengang.

Kemudian Luncai berkata, “Okay, taruhan terakhir”. Dia boleh kencing ke dalam sebuah gelas dari jarak 50 meter dengan taruhan RM1500. Tuan kedai seperti tidak percaya yang Luncai boleh melakukannya lalu bersetuju.

Gelas diletakkan ditengah kedai dan selepas diukur 50 meter, Luncai pun kencing lah. Merata-ratalah kencing si Luncai itu tetapi tidak sedikit pun yang masuk ke dalam gelas. Dengan terbahak-bahak tuan kedai meminta duit taruhannya RM1500.

Lalu Luncai meninggalkan kedai kopi itu dan berjumpa dengan kawannya di simpang jalan. Kawannya berkata “Macam mana ye tuan kedai tu boleh pula ketawa bila kau kencing dalam kedai dia, kalah lagi aku bertaruh”, sambil menyerahkan RM5000 kepada Luncai.