Jenaka: Kisah Ajoi di Stesen Keretapi

Tuesday, July 3, 2012

Ajoi, Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Mereka bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.

Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.

Macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Ajoi tak dapat naik.

Walau bagaimana pun Ajoi kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan.

Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Ajoi..

Pekerja KTM : “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?”


Ajoi : “Sebenarnya yang nak naik keretapi tadi saya, dia orang berdua hanya hantar jer…wakakakaka”