Jenaka: Bila Peguam Yang Jadi Saksi

Monday, November 5, 2012

Tersebutlah kisah di sebuah mahkamah yang sedang dalam perbicaraan kes bunuh. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi utama yang sangat penting yang juga seorang peguam.

Sambil menunjukkan gambar mangsa, si peguam bertanya.
Peguam: Awak kenal ini?

Saksi: Kenal, tuan.

Peguam: Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi: Itu gambar, tuan.

Peguam: Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi: Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam: Yang aku nak tahu nama dialah, bukannya lelaki atau perempuan!

Saksi: Oh, nama dia Jane Doe, tuan.

Sambil meletakkan gambar diatas meja, peguam tersebut bertanya lagi.
Peguam: Bila kali terakhir awak melihatnya?

Saksi: Baru kejap tadi, tuan.

Peguam: Hah? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi: Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Dengan perasaan marah, peguam tadi meninggi suara.
Peguam: Bukan, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambarnya!!

Saksi: Tak pernah, tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam: Aku bukan bercakap pasal gambar ni. Aku bercakap pasal mangsa.
Kata peguam sambil menunjuk-nunjuk gambar dengan pennya secara keras.

Saksi: Oh. Kali terakhir saya nampak dia ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam: Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang ada di dalam mahkamah ini? Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu!!?

Saksi: Bukan. Tetapi orang itu adalah tuan sendiri.

Peguam: Hah! Kenapa saya pulak?

Saksi: Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen.

Peguam: Argh! Apa yang kau merepek ni, setan? Aku cakap pasal mangsa. Pasal mangsa. Bukan pasal gambar!!!!

Maka perbicaraan tersebut tertangguh kerana peguam berasa amat berang kerana dipermain-mainkan oleh saksi yang juga seorang peguam..