Jenaka: Askar Siapa Paling Berani

Tuesday, August 28, 2012
askar-mainan

Pada satu petang ada tiga platoon askar. Askar Amerika, Russia dan Malaysia. Jeneral ketiga-tiga platoon askar tu sedang pekena kopi dan kuih raya sambil berbual tentang pengalaman ketenteraan mereka di medan perang. Jeneral Amerika bertanya kepada Jeneral dari Rusia dan Malaysia, “Tuan-tuan agaknya di antara ketiga-tiga negara kita askar siapakah yang yang paling gagah berani?

Jeneral Rusia menyampuk, “Tentulah tentera Rusia, kalau tak percaya jom kita cuba try test askar kita, lepas tu baru kita tau sapa yang lebih terer di medan perang nanti, ok?”

Jeneral Amerika sangat tercabar dan bersetuju manakala Jeneral Malaysia juga bersetuju tetapi berkerut-kerut dahinya. “Hmm baiklah”, mereka sama-sama menyahut cabaran Jeneral Rusia. Seterusnya Jeneral bertiga ini memanggil salah seorang askar Amerika berpangkat Sarjan lalu berkata‚ “Sarjan ..you nampak itu bangunan?” sambil tangan Jeneral Amerika menunjuk kepada bangunan lapan tingkat tak jauh dari temat mereka berehat.

Yess Sir..!! Jawab Sarjan tu dengan bersemangat. “You pergi naik tingkat dua dan terjun dari bangunan tu sekarang” arah Jeneral Amerika. Yess Sir..!! Jawab Sarjan Amerika ringkas sambil memecut nak naik ke tingkat dua bangunan dan terus terjun dan patahlah sebelah kakinya…. Jeneral Amerika kelihatan kecewa bila anggota tenteranya gagal, tambahan pula Jeneral Rusia dan Malaysia tersengih macam kambing baru lepas mengawan semacam perli Jeneral Amerika.

Jeneral Rusia bangun dan dan dengan bangganya berkata “Now, saya punya giliran” Kali ini Jeneral Rusia suruh askarnya berpangkat Leftenan panjat tingkat empat dan terjun dari bangunan. Tanpa berlengah askar Russia itupun dengan selambanya ikut arahan tapi kesudahannya sama jugak … lebih parah kedua-dua kakinya patah!

Kedua dua Jeneral Amerika dan Rusia kini menoleh kepada Jeneral Malaysia dan bagi isyarat supaya Jeneral Malaysia buat seperti yang dipersetujui. Tanpa berlengah, Jeneral Malaysia mengarahkan seorang askar yang hanya berpangkat Prebet yang dari tadi berdiri berdekatan kem.

Jeneral Malaysia berkata, “rebet, inilah masanya kita membuktikan bahawa askar Malaysia adalah yang paling gagah di dunia…bersedia untuk panjat tingkat lapan dan terjun”

Tetapi selambe aje Prebet tersebut membalas …

“Ello Jeneral, ape Tuan ni bengap ke … ape la tolol sangat suruh saya buat keje bodoh tak de pekdah terjun bangunan tu wat per, ape Tuan dah tak de keje lain ke nak suruh saya buat, kait rambutan ke, polish kasut Tuan ke, cuci meriam kereta kebal ke …Tuan ni sihat ke tak?”

Tetiba saje kedua-dua Jeneral Amerika dan Rusia terus bingkas bangun dan tabik spring berserta salam cium tangan dengan Jeneral Malaysia. Kedua-duanya teramat kagum mengucapkan tahniah kepada Jeneral Malaysia kerana mempunyai askar yang sangat berani walaupun hanya berpangkat Prebet .

BERANI LAWAN BOSS!